Muhyiddin Ucap Takziah Kepada Keluarga Awang Jabar

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan takziah kepada anggota keluarga bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Datuk Awang Jabar yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di sini, pagi Selasa.

Timbalan Perdana Menteri yang dalam rangka kerja sehari di negeri ini meluangkan masa kira-kira 20 minit menziarah keluarga Allahyarham di kediamannya di Jalan Terkukur, di sini.

Muhyiddin ketika ditemui pemberita menyifatkan kematian Allahyarham satu kehilangan besar kepada negara.

"Saya ucap takziah kepada keluarga arwah, semoga mereka semua tabah. Arwah adalah sahabat baik saya dan juga sahabat lama saya. (Ini) satu kehilangan sebab arwah dah bagi banyak sumbangan masa jadi Setiausaha Parlimen KBS.

"(Dan) Arwah masih lagi berkhidmat sehingga akhir usia beliau. Ini satu kehilangan besar kepada negara. Saya doakan semoga keluarganya tabah dan rohnya di tempatkan bersama orang beriman," katanya.

Muhyiddin kemudian ke majlis perasmian pasar baru kedai buluh di Bukit Payung dekat sini.

Turut menziarah ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Datuk Tengku Putera Tengku Awang serta barisan exco kerajaan negeri.

Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Al Muktafibillah Shah dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sheikh Ibrahim, di sini. Awang, 66, meninggal dunia apabila kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di KM26 jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Alor Tumang, Marang pada pukul 7.10 pagi tadi.

Sebelum kemalangan, Allahyarham yang menaiki kereta jenis Mercedes dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Dungun untuk menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri.

Namun, kenderaan yang dipandu pemandu Allahyarham bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Alza yang dinaiki enam rakyat Yaman, yang mengakibatkan seorang wanita rakyat negara itu maut manakala yang lain cedera selepas kereta yang dinaiki mereka dipercayai terbabas ketika mengambil selekoh di jalan berkenaan.

Ekoran pertembungan itu, Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian ekoran kecederaan teruk di bahagian tengkuk manakala pemandunya hanya cedera ringan.

Allahyarham yang berasal dari Kampung Merchang di sini meninggalkan seorang balu Datin Mariam Abdullah dan tujuh orang anak. Awang merupakan bekas anggota Parlimen Dungun selama empat penggal sejak tahun 1978 hingga 1990 dan menjadi wakil rakyat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi pada 1995.

Allahyarham ialah Penasihat Agama kepada Menteri Besar Terengganu dan Pengerusi Biro Pemantau Umno Terengganu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan