Kumpulan Pertama 47 Pelajar Malaysia Tiba Dari Syria

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Kumpulan pertama seramai 47 pelajar Malaysia yang menuntut di Syria selamat tiba di tanah air petang Selasa, menerusi usaha kerajaan membawa mereka keluar dari negara yang sedang bergolak itu.

Mereka tiba dari Dubai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira jam 3 petang dan disambut anggota keluarga masing-masing.

Menceritakan pengalamannya kepada warga media sejurus ketibaan, Mohd Affifudin Md Tahir, 22, berkata mereka sukar mengeluarkan wang daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) selepas Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas transaksi pengeluaran wang di negara itu.

"Kami terpaksa meminta bantuan persatuan pelajar atau sesiapa sahaja pelajar yang keluar ke Lubnan atau Jordan untuk mengeluarkan wang daripada ATM.

"Semua pelajar menghadapi masalah untuk mengeluarkan duit. Jadi kami perlu berjimat cermat untuk bayar yuran universiti, sewa rumah dan makanan," kata pelajar tahun pertama Diploma Bahasa Arab dan Syariah di Maahad Dauli, Damsyik.

Katanya, keadaan di Damsyik masih stabil, namun mereka perlu akur arahan kerajaan Malaysia agar pulang ke tanah air demi keselamatan mereka.

Sementara itu, pelajar Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro Abu Nur di Damsyik, Siti Hanisah Rosli berkata, akibat pergolakan itu, harga barang keperluan melambung tinggi manakala yuran kemasukan ke universiti naik sekali ganda.

Beliau yang baru selesai menduduki peperiksaan tahun pertama kini bimbang dengan pengajiannya menjelang semester depan memandangkan keadaan negara itu yang belum ada kepastian.

Ditanya sama ada beliau berhasrat melanjutkan pengajian di universiti tempatan, pelajar berusia 23 tahun itu berkata, perkara tersebut sukar dilakukan kerana jurusan bahasa Arab dan syariah yang diikutinya tidak diiktiraf kerajaan Malaysia. "Kami juga bersyukur kerana mendapat kelonggaran Wisma Putra untuk menangguhkan kepulangan ke sini selepas selesai menduduki peperiksaan," katanya.

Seorang lagi penuntut universiti itu, Saiful Rahimi Mat Yusof berkata, keadaan politik di Syria yang dijangka semakin memuncak menyebabkan ramai pelajar Malaysia mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air.

Beliau berkata, seramai 50 pelajar lagi dijangka pulang dan tiba di tanah air pada 29 September ini.

Mereka semua mengambil keputusan untuk pulang selepas dimaklumkan perbelanjaan perjalanan mereka ditanggung kerajaan Malaysia sepenuhnya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan