Hudud Belum Sesuai Dilaksanakan: Dr Asri

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di negara ini kerana keadaan tidak kondusif dan tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan pihak lain kerana tidak melaksanakan hukum itu, kata bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Katanya jika dilaksanakan juga, ia akan menimbulkan ketidakadilan kepada semua pihak dalam masyarakat majmuk di negara ini.

"Jika ada hukum yang ditegak atas nama Islam tetapi gagal membawa keadilan kepada kehidupan manusia, maka ia bukan syariat yang Allah kehendaki sekalipun dipetik dalil-dalil agama dalam mempertahankannya," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau ditemui selepas membentangkan kertas kerja di seminar Undang-Undang Syariah Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun kata Mohd Asri, apa yang penting dan patut dilaksanakan sekarang ialah usaha memperjuangkan untuk mewujudkan suasana itu, seperti memberi kefahaman kepada rakyat mengenai hukum tersebut dan persediaan sebelum undang-undang berkenaan dapat dilaksanakan.

"Keadaan yang ada di negara kita sekarang tidak menunjukkan suasana kondusif untuk melaksanakan hukum hudud, dan dalam konteks ini kita tidak boleh menyalahkan sesiapa," katanya.

Dalam kertas kerjanya bertajuk "Hudud suatu Perbincangan: Tanggapan, suasana dan Keberkesanan", Mohd Asri berkata hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam.

Sebaliknya kata beliau, asas kenegaraan dalam Islam ialah menegakkan keadilan untuk rakyat berasaskan prinsip al-Quran dan hadis nabi serta mencegah perkara mungkar, iaitu perkara membawa kemudaratan dan berbahaya kepada rakyat.

Hudud hanyalah mekanisme mengatasi jenayah dan ia dilaksanakan apabila syarat dipenuhi dan suasananya kondusif, katanya.

Beliau berkata kekurangan kegiatan jenayah dalam negara menurut Islam bukan disebabkan hukumannya sahaja, tetapi keadilan yang merata dan kebajikan rakyat yang dipelihara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan