Aduan Insiden Keselamatan Siber Meningkat Tahun Ini

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Insiden keselamatan siber yang dilaporkan kepada Cyber999 dari Januari hingga Ogos tahun ini meningkat kepada 10,700 aduan berbanding 8,090 bagi keseluruhan tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Husin Jazri berkata bilangan itu dijangka meningkat menjelang akhir tahun ini.

"Berdasarkan perangkaan sebelumnya, bilangan yang dilaporkan tidak turun, malah semakin meningkat. Apa yang kami usahakan ialah menangani isu ini bagi mengurangkan kadar peningkatannya," katanya.

Kerajaan dan sektor swasta wajar melabur dalam program pencegahan, termasuk capaian selain program pendidikan, katanya kepada pemberita selepas pelancaran produk Norton 2012 di sini, Selasa.

"Kami ada rancangan, namun tanpa sokongan kerajaan dan sektor swasta, pelan hanya tinggal perancangan.

"Oleh itu kami menggesa semua pihak, bukan hanya kerajaan, malah sektor swasta, bersama-sama menangani isu ini memandangkan ia bukan sekadar membabitkan individu, malah semua kita," katanya.

Produk baru Norton itu ialah Norton AntiVirus 2012 dan Norton Internet Security 2012.

Produk itu sudah dijual di pasaran, masing-masing pada harga RM79 untuk Norton AntiVirus 2012 (perlindungan setahun untuk satu PC) dan RM159 untuk Norton Internet Security 2012 (setahun perlindungan sehingga tiga PC). - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan