Acara Antarabangsa Bantu Tingkatkan Pelancong Ke Langkawi

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Penganjuran beberapa acara bertaraf antarabangsa di Langkawi banyak membantu meningkatkan kehadiran pelancong ke pulau bebas cukai itu.

Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata kerana itu sasaran menarik 2.4 juta pelancong ke Langkawi tahun ini berbanding dua juta pelancong tahun lepas akan tercapai.

"Ini memandangkan kehadiran pelancong ke Langkawi untuk sembilan bulan pertama telah melebihi dua juta," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis jamuan Hari Raya Tourism Malaysia Kedah di sini, Isnin.

Antara acara antarabangsa yang sedang dan akan diadakan ialah Sabang Regatta Antarabangsa 2011 (Phuket-Langkawi-Sabang mulai 13 hingga 25 Sept), Langkawi International Mountain Bike Challenge 2011 mulai 17 hingga 23 Okt, Kedah International Red Tee 2011 mulai 28 hingga 30 Okt, The Paintball World Cup Asia 2011 mulai 10 hingga 14 Nov dan Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima) 2011 pada Disember. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan