8,496 Pelajar Terima Bantuan Pendidikan YT Sejak 2006

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seramai 8,496 pelajar di Terengganu menerima bantuan pendidikan daripada Yayasan Terengganu (YT) yang melibatkan perbelanjaan lebih RM8.4 juta sejak bantuan itu diperkenalkan pada tahun 2006.

Pemangku Pengarah YT Zakaria Yusof berkata tahun ini 2,156 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pesekolahan Malaysia (STPM) akan menerima bantuan itu yang melibatkan perbelanjaan hampir RM220,000.

"Mereka akan menerima RM1,000 seorang sebagai galakan dengan harapan mereka berusaha untuk mendapat keputusan terbaik dan cemerlang dalam peperiksaan itu," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said akan menyampaikan bantuan kepada pelajar-pelajar berkenaan di Wisma Datul Iman di sini 26 Sept ini.

Pelajar-pelajar yang menerima bantuan itu terdiri daripada pelajar-pelajar yang tidak pernah mendapat sebarang bantuan atau apa-apa biasiswa daripada mana mana pihak, katanya.

Dalam perkembangan lain Zakaria berkata YT menaja 92 orang pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ke luar negara yang melibatkan lebih RM23 juta tahun ini.

Beliau berkata daripada jumlah itu 66 orang melanjutkan pelajaran ke Rusia yang melibatkan perbelanjaan RM19 juta, United Kingdom (12) RM3 juta dan Jordan (8) RM1.4 juta.

Menurutnya selain itu YT turut menghantar 473 pelajar melanjutkan pelajaran keluar negara dalam pelbagai jurusan sejak tahun 2006 sehingga tahun ini.

Pelajar-pelajar itu digalakkan meneruskan pengajian hingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) bagi membantu keluarga apabila pulang ke tanah air nanti, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan