RapidKL Jangka Tambah 150 Bas Di Lembah Klang

Diterbitkan: Isnin, 19 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penyedia pengangkutan awam, Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL), menjangka 150 bas bandaraya baharu akan menyertai meningkatkan perkhidmatanya di Lembah Klang.

RapidKL adalah anak syarikat milik kerajaan, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana). Pengarah Kumpulan Bahagian Bas Datuk Hazlan Mohamed Hussain berkata bas-bas tambahan baharu itu, akan meningkatkan kekerapan pada laluan sedia ada, yang sekaligus mengurangkan waktu menunggu para penumpang.

"Bas-bas baharu itu akan membantu, terutama sekali di kawasan di mana waktu menunggunya boleh dikurangkan," katanya kepada para pemberita pada majlis penyerahan bas-baru itu oleh MAN Truck & Buses (M) Sdn Bhd (MTBM) di sini, Isnin.

Melalui peningkatan kekerapan itu, Hazlan berkata syarikat itu berharap akan menarik lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatannya dan ini akan meningkatkan perolehannya.

Sementara itu, bas-bas baharu itu memasukkan ciri-ciri bagi penumpang kelainan upaya, yang akan menggunakan khas kereta beroda dan hiasan dalaman berwarna kuning bagi mereka yang mempunyai masalah penglihatan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan