Proses Pemutihan: Pelaksanaan Diketahui Selepas Mesyuarat Kabinet 4 Oktober

Diterbitkan: Isnin, 19 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Proses Pemutihan, yang merupakan komponen kedua Program 6P, akan diketahui selepas Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing/Pendatang Tanpa Izin bermesyuarat 4 Okt depan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Ia akan diumumkan selepas mesyuarat jawatankuasa Kabinet kami yang akan diadakan pada 4 Okt," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Ketiga Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan di sini, Isnin.

Hishammuddin berkata, pada peringkat pertama program itu iaitu Pendaftaran, seramai 2.3 juta pendatang asing telah berdaftar.

"Saya gembira bahawa di bawah pendaftaran secara sukarela sahaja, jumlahnya 2.3 juta...Anda boleh bayangkan 1 juta sah, 1.3 juta lagi tidak sah.

"Itu yang mendaftar secara sukarela, bayangkan berapa ramai lagi di luar sana yang belum lagi berdaftar. Bayangkan 2.3 juta tadi tak termasuk pembantu rumah, tak termasuk Sabah dan Sarawak dan secara perincinya, ia tak termasuk refugee (pelarian) jumlah yang lebih daripada 100,000 orang," katanya.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim sebelum ini berkata, Proses Pemutihan akan dimulakan pertengahan September ini apabila semua maklumat yang diperolehi melalui pendaftaran siap diproses dan disusun.

Katanya, data terbabit akan diguna untuk proses pemutihan yang menyaring pendatang tanpa izin bagi dipertimbang sebagai pekerja asing sah dengan senarai majikan yang berdaftar.

Program 6P meliputi enam pelan tindakan melibatkan pendatang asing tanpa izin iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran.

Program itu bertujuan mengumpul data mengenai pendatang asing tanpa izin di negara ini seperti di mana mereka bekerja, dengan siapa dan berapa gaji yang diterima serta beberapa maklumat lain yang diharap dapat membantu ke arah mengatasi isu sosial dan jenayah yang sering dikaitkan dengan kumpulan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan