Jangan Perjudi Kemerdekaan Negara - Raja Muda Perlis

Diterbitkan: Isnin, 19 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan rakyat supaya tidak memperjudikan kemerdekaan negara semata-mata untuk mengejar publisiti dan populariti.

Titah baginda sejak kebelakangan ini, masyarakat digemparkan dengan pelbagai isu berkaitan sejarah kemerdekaan negara sama ada melalui perdebatan, pendapat dan andaian terbuka.

Bertitah merasmikan karnival perpaduan 1Malaysia peringkat negeri Perlis sempena sambutan hari kemerdekaan ke-54 di Kolej Matrikulasi Arau dekat sini pada Ahad, baginda bertitah isu seumpama itu tidak sepatutnya diberi liputan media secara berlebihan.

Titah baginda isu-isu seumpama itu termasuk berkaitan komunis alaf baru secara tidak langsung menyalakan semula api permusuhan yang telah kian lama terpadam.

"Apa yang memburukkan keadaan ialah apabila pendapat dan juga fakta-fakta yang disampaikan diragui kesahihannya. Apa-apa niat yang tersirat atau tersurat, usahlah kita memperjudikan kemerdekaan negara," titah baginda.

Baginda juga berharap kekuatan perpaduan yang sedia terjalin di negara ini disemai ke seluruh generasi pelapis agar mereka juga dapat menghayati nilai perpaduan dan menanamkan semangat patriotik dan jati diri dalam diri mereka.

Titah Tuanku Faizuddin kejayaan mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu, stabil dan berjaya akan menjadikan negara ini dihormati dunia.

"Tanpa perpaduan, negara akan mudah terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan yang boleh mengakibatkan kedaulatan negara terjejas dan berlaku huru-hara, rusuhan, pergaduhan kaum dan sebagainya," titah baginda.

Selain itu, titah Raja Muda Perlis nilai perpaduan negara adalah penting dalam penyusunan strategi pembangunan serta pentadbiran negara di samping dapat mempertahankan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Pada karnival itu, pelbagai acara kesenian dijayakan termasuk oleh kanak-kanak tabika perpaduan seluruh Perlis.

Turut berangkat ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Perlis Abdul Jamil Saad dan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Perlis, Hashim Yob. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan