Jalur Gemilang: Pemuda PAS Tegur Majlis Presiden Pakatan Rakyat

Diterbitkan: Isnin, 19 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majlis Presiden Pakatan Rakyat ditegur kerana tidak prihatin terhadap pandangan pimpinan dan wakil rakyat mereka berhubung sesuatu isu hingga boleh merosakkan imej dan reputasi pakatan pembangkang.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat perlu lebih tegas dan berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan dan keputusan teutama berkaitan soal dasar dan hala tuju.

"Kami melihat Majlis Presiden kurang memberi keprihatinan terhadap ucapan dan pandangan pimpinan serta wakil rakyat Pakatan Rakyat supaya selari dengan dasar pembangkang sendiri dan parti masing-masing," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada kontroversi yang dicetuskan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang mencadangkan agar Jalur Gemilang digantikan dengan bendera lain sekiranya PR berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

Pada Jumaat lalu, Manoharan dalam akaun Facebook miliknya menyatakan hasrat demikian sambil menolak untuk mengibarkan Jalur Gemilang dalam kawasannya kerana mendakwa bendera itu kelihatan seperti Barisan Nasional berbanding Malaysia.

Beliau bagaimanapun dengan segera memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia ekoran komentarnya itu. Mengulas lanjut, Raja Ahmad berkata, kenyataan Adun DAP itu adalah keterlaluan dan boleh diaanggap sebagai mahu mencemar kedaulatan negara.

"Bagi kami tulisan tersebut keterlaluan dan tidak pernah sekali-kali dibincang mahupun terlintas difikiran Pakatan Rakyat untuk dilakukan.

"Malah kami akan terus mempertahankan nilai dan ciri jati diri negara seperti yang terdapat dalam jalur gemilang sedia ada," katanya.

Sambil menyifatkan pandangan Manoharan itu sebagai 'khayalan peribadi', Raja Ahmad turut mengingatkan agar pimpinan Pakatan Rakyat di semua peringkat tidak ghairah mengeluarkan kenyataan yang merugikan masa depan mereka dan juga parti.

"Kami menganggap tulisan tersebut adalah imaginasi dan khayalan Manoharan sendiri dan terlanjur dalam kenyataannya. Namun imiginasi seperti itu tidak boleh dibiarkan tanpa sebarang peringatan dan tindakan.

"Kami juga ingin mengingatkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat agar tidak ghairah mengeluar kenyataan yang mewakili Pakatan Rakyat tanpa merujuk kepada Majlis Presiden terlebih dahulu," tegasnya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan