10 Pasangan Langsungkan Perkahwinan Percuma 21 & 22 Oktober

Diterbitkan: Isnin, 19 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Sepuluh pasangan yang terpilih dalam program My Idol Raja Sehari 1Malaysia 1Pasangan akan melangsungkan perkahwinan secara percuma di Dataran Shahbandar di sini pada 21 dan 22 Oktober ini.

Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata 10 pasangan yang terpilih itu adalah daripada 19 pasangan yang memohon dalam progam itu sejak diperkenalkan Jun lepas.

Program itu adalah anjuran pejabat Umno Kuala Terengganu dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Pejabat Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negeri.

"Kesemua pasangan yang menyertai program ini perlu menulis sebuah karangan 'Kenapa Saya Layak Dipilih' tidak kurang 300 perkataan dan melepasi beberapa sesi temu ramah yang dikendalikan wakil dari pejabat agama, pensyarah daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pegawai perhubungan Umno Terengganu," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

Beliau berkata syarat yang dikenakan ialah setiap pasangan lelaki memperoleh pendapatan di bawah RM1,500 sebulan dan seorang daripada pasangan itu berumur 21 tahun atas, belum pernah berkahwin dan bermastautin di Kuala Terengganu.

Wan Ahmad berkata program yang pertama kali diadakan di Terengganu itu bertujuan membantu pasangan muda yang mempunyai masalah ekonomi mempercepatkan perkahwinan mereka.

"Pihak penganjur akan menanggung semua perbelanjaan perkahwinan mereka dan menyumbangkan RM5,000 kepada setiap pasangan untuk kegunaan mereka," katanya.

Seorang bakal pengantin, Ahmad Ghazali Mohd, 25, berkata beliau tidak menyangka akan terpilih dalam program itu. Ahmad Ghazali yang bekerja sebagai mekanik di Kuala Lumpur, berkata pasangannya Siti Noor Hafizah Seman, 25, yang mengisi borang permohonan untuk menyertai program itu.

"Saya tidak sangka permohonan kami berjaya sebab ingat suka-suka saja masuk program ini, apa-apa pun kami rasa sangat bertuah kerana hasil usaha ini membolehkan kami melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan