Umno Kelantan Nafi Peralat SPR Dalam Simulasi Pilihan Raya

Diterbitkan: Ahad, 18 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Umno Kelantan pada Ahad menafikan dakwaan parti itu memperalatkan nama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi pilihan raya olok-olok yang diadakan bermula Jumaat lepas hingga akhir bulan ini.

Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata simulasi itu tidak ada kaitan dengan SPR, sebaliknya bertujuan menguji persediaan Umno bagi menghadapi pilihan raya sebenar yang mungkin diadakan bila-bila masa.

"Ia tiada kaitan dengan SPR sebagai sebuah badan bebas yang mengendalikan urusan pilihan raya sebenar bagi menentukan pembentukan sesebuah kerajaan dan pemerintah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Aidilfitri bersama warga pendidik negeri Kelantan di sini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri diminta mengulas kenyataan Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan yang mendakwa Umno menyalahgunakan nama SPR dalam mengadakan simulasi pilihan raya itu.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata dakwaan PAS itu tidak berasas dan sekadar bertujuan memburuk-burukkan Umno serta SPR di mata rakyat.

Mengenai simulasi itu, beliau berkata pilihan raya percubaan di enam daripada 14 bahagian di Kelantan tersebut berkesan bagi menguji kecekapan Umno dalam menghadapi pilihan raya sebenar walaupun dalam masa terdekat ini.

Malah katanya, jumlah yang keluar mengundi juga melebihi sasaran 10 peratus iaitu sekitar lapan hingga 15 peratus.

"Apa yang kurang memuaskan kami ialah peratusan pengundi muda yang terlibat dalam gerakan itu agak kecil kerana kebanyakan mereka berada di luar kawasan pilihan raya masing-masing," katanya.

Bagaimanapun, kata Mustapa pihaknya akan mencari pendekatan lain untuk menarik lebih ramai generasi muda keluar mengundi, terutama pada pilihan raya umum nanti. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan