Tenaga Harap Bajet 2012 Tangani Isu Subsidi

Diterbitkan: Ahad, 18 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd berharap belanjawan 2012, yang akan dibentangkan pada 7 Okt ini, akan menangani isu subsidi dengan segera supaya gangguan dalam pasaran boleh diperbetul.

"Sudah sekian lama kita mewujudkan gangguan dalam pasaran, sehingga sekarang ini masalah itu semakin besar. Ia mencapai tahap di mana model subsidi tidak lagi mapan.

"Sudah tentu tidak sesuai jika keseluruhan subsidi dihapuskan. Tetapi kita perlu mempunyai rancangan untuk menghapuskan beberapa bahagian subsidi secara beransur-ansur supaya gangguan yang diwujudkan boleh diperbetul.

"Kita tidak mahu masalah ini sampai ke tahap di mana ia tidak lagi dapat dipertahankan oleh mana-mana kerajaan untuk terus memberi subsidi. Ia perlu ditangani segera. Kita perlu mula melakukannya," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Che Khalib Mohd Noh kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.

Dalam menggalakkan tenaga mesra alam, Che Khalib berkata kerajaan seharusnya memberikan insentif cukai untuk mendorong pengguna komersil dan domestik melihat secara serius penggunaan peralatan penjimatan tenaga bagi perkakasan yang menggunakan elektrik yang tinggi seperti penyaman udara dan peti sejuk.

Mungkin kerajaan boleh menimbang pelepasan cukai individu seperti pelepasan cukai pembelian komputer, katanya.

"Kerajaan boleh pertimbang untuk memberikan pelepasan cukai, mungkin kira-kira RM500 setahun terhadap jumlah tertentu yang dibelanjakan terhadap peralatan penjimatan tenaga," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan