Suasana Pilu Sambut Mayat Datuk, Cucu Mangsa Letupan Bom

Diterbitkan: Ahad, 18 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohd Fatmi (kiri) melihat akhbar mengenai letupan bom ketika melawat Wong Wai Siong (kanan) mangsa letupan bom di Sungai Golok yang kehilangan anak dan bapanya di Jalan Sultan Zainal Abidin di Kota Baru, Ahad. - fotoBERNAMA
Mohd Fatmi (kiri) melihat akhbar mengenai letupan bom ketika melawat Wong Wai Siong (kanan) mangsa letupan bom di Sungai Golok yang kehilangan anak dan bapanya di Jalan Sultan Zainal Abidin di Kota Baru, Ahad. - fotoBERNAMA

KOTA BARU: Suasana pilu pada Ahad menyelubungi keluarga mendiang Wong Hon Yep, dan cucunya, Wong Kai Sean, yang trkorban dalam insiden bom di Sungai Golok, Selatan Thailand kelmarin apabila mayat kedua-dua mangsa dibawa pulang ke sini, malam tadi.

Mayat Wong, 64, dan cucunya Kai Sean, 3, tiba kira-kira pada 10 malam tadi selepas proses bedah siasat yang diadakan di Hospital Sungai Golok itu selesai.

Mayat Kai Sean telah selamat dibakar di sebuah krematorium di Bachok pada pagi ini dan abunya disimpan di sebuah tokong di Ketereh.

Mayat datuknya itu pula kini diletakkan di rumah ibadat Persatuan Buddha Kelantan di Jalan Zainal Abidin di sini bagi membolehkan orang ramai memberikan penghormatan terakhir sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Cina, Bukit Cina, Kok Lanas dekat sini, petang Isnin.

Anak Wong, Wong Wai Seong, 33, ketika ditemui di rumah ibadat itu dilihat sebak dan sukar untuk meluahkan perasaannya.

Wong Wai Seong juga turut cedera di bahagian kaki dan telinga kanannya, dan kini sukar mendengar akibat letupan bom yang membunuh bapa dan anak sulungnya itu.

Beliau yang ditemani Ketua MCA Kota Baharu, Tan Ken Ten menunjukkan telinga kanannya yang mengalami masalah itu dan enggan ditemui pemberita.

Turut melawat mayat mendiang Wong, Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Mohd Fatmi Che Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Baru.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam, tiga letupan bom telah menggegarkan satu kawasan di Sungai Golok yang terkenal dengan industri hiburan itu.

Lima dilaporkan terbunuh dalam kejadian itu dengan empat daripadanya adalah rakyat Malaysia manakala 60 orang lagi termasuk 19 daripadanya juga rakyat Malaysia telah cedera.

Mereka yang terbunuh itu selain datuk dan cucu berkenaan adalah Foong Too Keh, 45, dari Pahang dan Chan Yau Wing, 52, yang dilaporkan berasal dari Kelantan.

Seorang lagi yang terbunuh adalah rakyat Thailand yang ketika itu sedang membantu mangsa letupan bom berkenaan.

Ketika kejadian Wong Wai Seong, isterinya rakyat Thailand, Ang Ya Rat, 35, bersama mendiang bapa dan anaknya itu sedang menjamu selera di lokasi kejadian.

Namun letupan kedua yang berlaku selepas itu telah mengorbankan bapa dan anaknya itu yang ketika itu dalam keadaan kelam kabut untuk menyelamatkan diri.

Mohd Fatmi yang ditemui berjanji Barisan Nasional (BN) Kelantan akan membantu keluarga berkenaan untuk beberapa urusan lain.

Beliau turut meminta rakyat menjadikan insiden letupan bom di negara jiran itu sebagai iktibar dan menjaga keamanan dengan sebaik mungkin.

Keamanan yang kita kecapi ini perlu kita jaga dan inilah contoh jika keadaan kucar-kacir berlaku seperti di negara jiran ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan