Program Sahabat Tabung Haji Diteruskan

Diterbitkan: Ahad, 18 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Program 'Sahabat Tabung Haji' di mana jemaah haji membantu petugas Tabung Haji menangani masalah yang dihadapi oleh rakan jemaah akan diteruskan pada musim haji kali ini ekoran perkembangan positif program itu pada musim haji lepas.

Pengurus Besar Kanan (Haji) Lembaga Tabung Haji Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata pada musim haji lepas, jemaah haji yang dipilih ke dalam program itu telah menjalankan tanggungjawab dengan bersemangat dan bersungguh-sungguh.

"Kita pilih di kalangan jemaah haji sendiri untuk menjadi sahabat TH dan mereka bantu petugas kita dalam beri perkhidmatan kepada rakan-rakan jemaah haji. Kita harap tahun ini program ini akan terus membantu petugas Tabung Haji dalam memberi layanan dan perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji kita di tanah suci," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutupan Kursus Haji Perdana Peringkat Selangor yang disempurnakan oleh Tengku Panglima Selangor Tengku Sulaiman Shah di Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini Ahad.

Syed Saleh berkata seramai 27,900 jemaah negara ini akan menunaikan haji tahun ini mereka akan berlepas secara berperingkat dari tujuh lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Pulau Pinang, Johor Baharu, Kota Kinabalu, Kuching, Alor Setar, dan Kuala Terengganu.

"Penerbangan pertama akan berlepas dari KLIA pada 29 Sept ini menaiki penerbangan Saudi Arabia dan penerbangan kedua juga akan berlepas dari KLIA pada hari yang sama dengan Penerbangan Malaysia (MAS) di mana kedua-dua penerbangan akan mendarat di lapangan terbang antarabangsa Madinah.

"Jemaah haji Malaysia akan menginap di Madinah selama tujuh hari sebelum mereka dibawa ke Mekah. Penerbangan pertama balik dari sana (Mekah) dijadualkan pada 12 Nov depan," katanya.

Dalam pada itu Tengku Sulaiman yang mewakili kekandanya, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyampaikan pesanan baginda supaya bakal haji menjaga kesihatan masing-masing agar dapat melaksanakan ibadah haji dengan lancar dan sempurna.

"Baginda (Sultan Selangor)juga berpesan bahawa bakal haji hendaklah ikut segala arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh TH. Jangan lakukan perkara yang boleh rosakkan diri dan imej Malaysia serta Selangor," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan