Pemimpin Kanan DAP Bahagian Bakri Disiasat Atas Dakwaan Seleweng Wang Parti

Diterbitkan: Ahad, 18 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin DAP Bahagian Bakri di Johor akan disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin parti terhadap dakwaan menyeleweng dana parti berjumlah RM45,000.

Pengerusi jawtankuasa itu, Tan Kok Wai berkata dua ketua cawangan DAP dari Johor telah membuat aduan dengan jawatankuasa berkenaan dua minggu lepas mengenai dakwaan tersebut.

"Kami akan bermesyuarat Jumaat depan untuk meneliti dakwaan itu. Mereka yang terbabit telah dimaklumkan untuk hadir di hadapan jawatankuasa ini," katanya ketika dihubungi Bernama, Sabtu.

Sejak beberapa minggu lepas, dakwaan itu timbul menerusi e-mel bahawa seorang pemimpin kanan DAP di Bahagian Bakri telah menyeleweng dana parti yang dikumpul sejak empat tahun lepas.

E-mel berkenaan mendakwa pemimpin itu telah memindahkan dana parti ke akaun sebuah syarikat dan menggunakan wang dari dana berkenaan untuk membeli sebuah kenderaan pacuan empat roda yang tidak didaftarkan di bawah nama parti itu.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan