NPC Harap Majlis Akhbar Malaysia Mampu Kurangkan Tekanan Kepada Media

Diterbitkan: Ahad, 18 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cadangan penubuhan Majlis Akhbar Malaysia diharap mampu mengurangkan tekanan kepada akhbar, kata Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC), Mokhtar Hussain.

Beliau berkata penubuhan majlis itu juga akan menjadi saluran untuk menyampaikan apa jua cadangan untuk mengurangkan lagi tekanan dan memberi kebebasan kepada media massa," katanya.

Beliau berkata pada masa kini orang ramai mempunyai saluran alternatif untuk mendapatkan maklumat contohnya melalui internet, justeru kebebasan yang lebih perlu diberi kepada akhbar untuk memainkan peranan tanpa ada apa-apa yang perlu dibimbangkan.

"Secara dasarnya cadangan penubuhan majlis akhbar telah dipersetujui oleh pengarang-pengarang kanan akhbar dan majalah utama negara," katanya.

Beliau berkata sebagai permulaan kajian sedang dilakukan dengan memilih majlis media di India dan United Kingdom sebagai contoh untuk memastikan pihak akhbar di Malaysia dapat memainkan peranan dengan lebih baik.

"Diharap media akan diberi ruang kebebasan lebih baik dalam menyampaikan maklumat tepat dan betul kepada rakyat," katanya kepada media pada acara Larian Media-NPC-Ambank-Milo 2011 di sini Ahad.

Seramai 200 orang peserta menyertai larian sejauh 5 kilometer itu, anjuran NPC bermula jam 8 pagi tadi.

Para peserta dilepaskan oleh Shamsul Bahrom, Timbalan Ketua Audit Dalaman Kumpulan Ambank di pekarangan rumah kelab NPC di Jalan Tangsi di sini.

Sebanyak 10 kategori dipertandingkan termasuk terbuka lelaki dan wanita, veteran lelaki dan wanita serta kategori bawah 18 tahun lelaki dan wanita. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan