Najib Hadiri Konsert Suara Kami - Berita Semasa | mStar

Najib Hadiri Konsert Suara Kami

Diterbitkan: Ahad, 18 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dalam kesibukannya menghadiri pelbagai acara pada Sabtu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempat meluangkan masa untuk menyaksikan Konsert Suara Kami anjuran Astro di Stadium Merdeka di sini, malam tadi.

Ketibaan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ke konsert itu mendapat sambutan hangat daripada para penonton yang tidak menyangka pemimpin nombor satu negara itu sudi untuk bersama-sama mereka menyaksikan acara hiburan berkenaan.

Najib, dalam laman Facebook dan Twitternya, berkata beliau menghadiri konsert itu untuk bersama-sama generasi muda Malaysia. Najib turut memuat naik beberapa keping gambar suasana konsert itu dalam Facebook dan Twitter beliau.

Konsert Suara Kami diadakan sempena ulang tahun Astro ke-15 dan sambutan Hari Malaysia.

Antara artis tempatan yang turut serta pada konsert tersebut ialah Yuna, Hujan, Faizal Tahir, Pop Shuvit, Azlan And The Typewriter, Psycho Unit, Soul Krazy, Ruffneckz dan Stacy manakala barisan penyanyi antarabangsa pula ialah Chinmayi (India), Hins Cheung (Hong Kong) dan Rania (Korea Selatan). - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan