Hasil Konvensyen BN Selangor Dibawa Ke Jawatankuasa Pemandu:Noh

Diterbitkan: Ahad, 18 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANJONG KARANG: Hasil perbincangan Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor semalam akan dibawa ke sebuah jawatankuasa pemandu yang akan ditubuhkan kelak, kata Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, Ahad.

Beliau berkata jawatankuasa itu antara lain akan turut memantau gerak kerja BN negeri yang dibuat hasil daripada pembentangan resolusi pada konvensyen itu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Jawatankuasa pemandu ini juga akan menentukan KPI atau pencapaian kita dalam melaksanakan dan menunaikan segala manifesto yang akan dirangka untuk pilihan raya umum nanti," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri jamuan rumah terbuka Aidilfitri kampung-kampung sekitar kawasan Tanjong Karang di sini, Ahad.

Konvensyen tertutup sehari itu, yang dihadiri kira-kira 3,000 perwakilan dan pemerhati BN serta parti-parti dan badan-badan bukan kerajaan proBN, dirasmikan dan ditutup oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN Selangor.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata BN Selangor akan menyahut saranan Najib yang mengingatkan pemimpin parti komponen BN supaya tidak hanya menjaga kepentingan kelompok masing-masing sahaja.

Beliau berkata pihaknya akan menganjurkan lebih banyak program terbuka untuk kebaikan rakyat dengan menjemput pelbagai pihak tanpa mengambil kira fahaman politik. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan