BN Teliti Kehendak Sebenar Rakyat Dalam Rangka Manifesto Selangor

Diterbitkan: Ahad, 18 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar pada Sabtu berkata BN perlu melihat semula keperluan sebenar rakyat Selangor bagi merangka satu manifesto khusus untuk negeri ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

"Pertama kita lihat balik apa yang rakyat negeri Selangor nak sebab negeri Selangor negeri yang maju, keperluan rakyat bandar dan luar bandar adalah berbeza," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor di sini, Sabtu.

Konvensyen tertutup sehari itu, yang dihadiri kira-kira 3,000 perwakilan dan pemerhati BN serta parti-parti dan badan-badan bukan kerajaan proBN, dirasmikan dan ditutup oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN Selangor.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata oleh itu, manifesto untuk BN Selangor tidak boleh dibuat secara 'pukul rata' kerana keperluan rakyat atau para pengundi di bandar, separuh bandar dan luar bandar adalah berbeza.

"Kita ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib sebagai Presiden BN dan Pengerusi BN Selangor yang telah besetuju untuk memberi satu rangka manifesto khas untuk negeri Selangor untuk PRU 13," katanya.

Beliau berkata perwakilan dan 891 Ketua Pusat Mengundi di Selangor juga bersemangat setelah menerima suntikan semangat menerusi ucapan Najib pada konvensyen itu.

"Tahun lepas, setelah kita mengadakan Konvensyen BN, kita menghadapi pilihan raya kecil di Hulu Selangor dengan berbekal semangat, kita telah menang semula kerusi BN di Hulu Selangor," katanya.

Noh berkata semangat BN pada konvensyen kali ini nampaknya semakin bertambah dan keazaman yang ditunjukkan oleh pimpinan BN negeri begitu tinggi setelah ramai rakyat Selangor yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran negeri di bawah Pakatan Rakyat. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan