Aktiviti Pembersihan BTFC : Zambry Arah Siasatan Terperinci

Diterbitkan: Ahad, 18 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Sebahagian kawasan yang telah dibersihkan di Kompleks Hutan Hujan Belum-Temenggor (BTFC) untuk tujuan pembalakan.
Sebahagian kawasan yang telah dibersihkan di Kompleks Hutan Hujan Belum-Temenggor (BTFC) untuk tujuan pembalakan.

PETALING JAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengarahkan siasatan terperinci ke atas aktiviti pembersihan kira-kira 74ha tanah yang dijalankan di Kompleks Hutan Hujan Belum-Temenggor (BTFC).

"Saya tidak akan bertolak-ansur terhadap perbuatan ini. Kami begitu komited untuk melindungi alam sekitar terutamanya Hutan Belum kerana ia kawasan dilindungi dan diwartakan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Aktiviti pembersihan hutan itu dipercayai dilakukan untuk penanaman kelapa sawit, satu langkah yang dilihat boleh mengancam hidupan liar di kawasan itu.

Perbadanan Pembangunan Pertanian Perak (SADC) menafikan mengetahui rancangan pembangunan penanaman kelapa sawit meskipun dinamakan sebagai pemilik tanah di kawasan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif SADC, Ahmad Rizal Abdul Rahman berkata, kawasan itu tidak lagi dimiliki SADC kerana telah diserahkan kepada kerajaan negeri sebelum sambutan Hari Raya.

Katanya, SADC tidak menyediakan sebarang pelan pembangunan ekoran menerima arahan untuk mengembalikan tanah yang berkeluasan sekitar 123ha tahun lalu.

Ketika ditanya mengapa surat dari syarikat pembalakan menamakan SADC sebagai pemilik tanah, Ahmad Rizal berkata perkara itu mungkin disebabkan rekod rasmi tidak dikemaskini.

"Saya tidak mengetahui sebarang rancangan pembangunan di sana. Lagipun kawasan di situ berbukit dan menjadi habitat hidupan liar. Ia tidak sesuai untuk aktiviti pertanian," katanya.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Hutan Perak, Datuk Nik Mohd Shah Nik Mustafa berkata, kerajaan negeri telah memberi kebenaran supaya aktiviti pembalakan dilaksanakan bagi membersihkan kawasan itu untuk pembangunan selanjutnya.

Menurut beliau, jabatannya meluluskan kontrak untuk membersihkan kawasan itu bagi tujuan pembalakan, bulan lalu.

"Kawasan itu adalah milik kerajaan negeri. Jadi kerajaan negeri mempunyai kuasa terhadap apa jua rancangan pembangunan di kawasan itu.

"Rancangan pengurusan hutan kami meliputi kawasan hutan yang dilindungi saja," katanya.

Tinjauan The Star ke unit pembangunan di Pejabat Tanah dan Galian Perak mendapati tiada rekod diterima berhubung permohonan untuk membangunkan penanaman kelapa sawit di sekitar kawasan itu atau sepanjang lebuh raya Gerik-Jeli.

Tinjauan pada Khamis mendedahkan tiada kawasan diwartakan untuk penanaman kelapa sawit di kedua-dua lokasi.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan