TPM Umum Peruntukan RM1 Juta Baiki Kemudahan Dan Cat Flat Taman Retina

Diterbitkan: Sabtu, 17 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk membaiki kemudahan dan mengecat semula empat blok flat di Taman Retina, Permatang Berangan di sini.

Muhyiddin berkata langkah itu bagi memberikan kemudahan yang lebih baik kepada penduduk di kawasan berkenaan.

"Hasil perbincangan dengan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan Shabudin Yahya, kerajaan bersetuju memperuntuk RM1 juta kepada Taman Retina.

"Peruntukan itu untuk mengecat empat blok rumah flat lima tingkat dan membaiki kemudahan di taman terbabit agar penduduk di situ mendapat kemudahan lebih baik," katanya semasa berucap selepas melawat tapak projek landasan kereta api berkembar, di sini Sabtu.

Muhyiddin dalam rangka lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang.

Sementara itu, beberapa penduduk Taman Retina yang ditemui mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana meluluskan peruntukan mengecat dan membaiki kemudahan di kawasan tersebut.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Retina S.Muniandy berkata penduduk di kawasan itu memang memerlukan peruntukan berkenaan kerana banyak kemudahan asas di situ rosak.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan persekutuan terutama Timbalan Perdana Menteri kerana meluluskan peruntukan RM1 juta hari ini.

"Peruntukan itu memang dinanti-nantikan penduduk kerana telah sekian lama kami memohon bagi baik pulih kemudahan di Taman Retina dan berharap ia dapat dijalankan secepat mungkin," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan