Muhyiddin Umum RM1.4 Juta Untuk Naik Taraf Pasar Tasek Gelugor

Diterbitkan: Sabtu, 17 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TASEK GELUGOR: Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Pasar Awam Tasek Gelugor di sini, Sabtu membawa 'durian runtuh' kepada peniaga apabila beliau mengumumkan peruntukan RM1.4juta untuk menaik taraf pasar itu.

Muhyiddin yang juga yang juga Timbalan pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata peruntukan itu adalah sebagai respons kepada permohonan peniaga yang dikemukakan kepadanya pada lawatan tersebut.

"Ketika sesi beramah mesra bersama peniaga pasar dan wakil persatuan penjaja, mereka telah memohon supaya kerajaan pusat mempertimbangkan bangunan pasar itu dinaik taraf.

"Hasil daripada pembincangan dengan pemimpin BN negeri, kami telah mengambil keputusan untuk meluluskan RM1.4 juta sebagai kos menaik taraf, menambah tempat peniaga dan membaiki tandas di pasar berkenaan," katanya semasa berucap selepas melawat tapak projek landasan kereta api berkembar, di sini hari ini.

Muhyiddin yang dalam lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang memulakan lawatannya di pasar awam itu dan beramah mesra dengan peniaga serta pengunjung pasar tersebut.

Turut serta ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang juga Menteri di JPM dan pemimpin komponen BN negeri.

Muhyiddin berkata pelaksanaan projek menaik taraf pasar itu akan dijalankan dengan kerjasama Unit Perancangan Ekonomi Bumiputera dan Majlis Perbandaran Seberang Perai.

"Kerajaan mengambil keputusan tersebut untuk memastikan rakyat di sini dapat menikmati keselesaan dan peniaga dapat menjalankan peniagaan mereka dengan kemudahan yang sedia ada," katanya.

Timbalan Perdana Menteri kemudian meneruskan lawatannya ke kawasan Parlimen Permatang Pauh bagi menghadiri perjumpaaan khas bersama guru agama dan sekolah agama rakyat dari seluruh negeri di kampus Universiti Teknologi Mara cawangan Permatang Pauh.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penjaja Pasar Awam Tasek Gelugor Long Rejab, 73, berkata peniaga di situ menyambut baik pengumuman Timbalan Perdana Menteri tersebut.

"Terdahulu pada sesi dialog dengan beliau (Muhyiddin), peniaga memang minta peruntukan dengan kerajaan persekutuan untuk naik taraf pasar awam ini dan kami tak sangka Timbalan Perdana Menteri akan meluluskan peruntukan ini serta-merta.

"Kami (peniaga) di sini mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau dan berharap dengan peruntukan itu akan memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung memandangkan pasar awam berkenaan telah berusia lebih 20 tahun," katanya.

Katanya terdapat 70 gerai termasuk gerai makanan beroperasi di situ. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan