Kerajaan Pusat Sedia Bantu Kerajaan Negeri Perkasa Pendidikan Islam - Berita Semasa | mStar

Kerajaan Pusat Sedia Bantu Kerajaan Negeri Perkasa Pendidikan Islam

Diterbitkan: Sabtu, 17 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Kerajaan pusat menerusi Kementerian Pelajaran sedia membantu kerajaan negeri yang memerlukan peruntukan dan kemudahan dalam memperkasa usaha tranformasi pendidikan Islam di sekolah agama, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata bantuan kepada kerajaan negeri yang tidak berkemampuan itu termasuklah dari segi pembayaran gaji guru setanding dengan guru di bawah Kementerian Pelajaran.

Katanya kerajaan memahami beban yang ditanggung sesetengah kerajaan negeri yang tidak mampu membayar imbuhan yang setimpal kepada guru-guru yang mereka lantik.

"Sebab itu kerajaan pusat berhasrat membantu kerajaan negeri berkenaan dalam menambahbaik dan meningkatkan mutu pendidikan Islam," katanya pada majlis perjumpaan khas bersama kira-kira 2,000 guru agama dan guru kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Permatang Pauh, di sini, Sabtu.

Muhyiddin bagaimanapun berkata perkara itu terserah kepada kerajaan negeri berkenaan sama ada mahu menerima bantuan dan bekerjasama dengan kerajaan pusat.

Beliau menegaskan kerajaan pusat tidak berniat mengambil alih tanggungjawab kerajaan negeri dalam memperkasakan pendidikan Islam malah menyokong tenaga pengajar yang dapat menjalankan tugas dengan baik.

Katanya kerajaan bersedia menambah bilangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang kini berjumlah 55 buah sekolah sekiranya mendapat peruntukan selaras dengan usaha utama kerajaan meningkatkan mutu pendidikan Islam.

Menjawab soalan seorang pengajar ketika sesi interaktif, Muhyiddin berkata kementerian pelajaran menerusi Bahagian Pendidikan Islam akan menimbang menempatkan pelatih atau guru jurulatih di Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebagai usaha meningkatkan prestasi sekolah terbabit.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM7.14 juta kepada 35 sekolah agama negeri termasuk 20 buah SAR dan 11 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan untuk diguna dan diagihkan dalam penambahbaikan sekolah berkenaan. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan