Wajib Lulus B. Inggeris Dlm SPM: MAPIM Minta KPM Teliti Kesannya

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) meminta Kementerian Pelajaran meneliti secara terperinci kesan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris (BI) bagi melayakkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima sijil penuh.

Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata Mapim tidak yakin bahawa syarat tersebut sahaja akan membolehkan negara bersaing di peringkat global dalam banyak bidang seperti perniagaan, pendidikan, politik dan penyelidikan.

"Dan jika alasan untuk memudahkan mendapat pekerjaan hanya dengan BI bermakna kementerian tidak lagi memberi perhatian mengukuhkan penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam sektor swasta dan bahasa ini akan diperlekehkan.

"Dalam jangka masa panjang agenda meletakkan taraf penggunaan Bahasa Kebangsaan ke tahap yang lebih tinggi dalam dunia perniagaan akan terus meleset," tegasnya.

Dalam satu kenyataan di sini, hari ini Mohd Azmi berkata Mapim tidak menafikan pentingnya penguasaan BI, namun yang menjadi persoalan utama ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang masih lemah dan ia tidak ada kaitan dengan soal wajib lulus untuk mendapat sijil penuh.

Beliau berkata, penguasaan bahasa adalah pada teknik pengajaran dan bukannya terletak kepada wajib lulus atau tidak.

"Sehubungan itu Mapim bimbang jika syarat wajib lulus boleh menyebabkan seseorang itu tidak memperolehi sijil, maka seluruh peluangnya untuk meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi akan terjejas.

"Apakah hanya kerana tidak lulus BI pelajar terbabit tidak boleh mendapat sijil penuh SPM di samping menyekat peluangnya melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi," katanya.

Mohd Azmi berkata di samping itu pihak kementerian perlu terlebih dahulu mengatasi masalah tidak cukup guru BI terutama di kawasan luar bandar, dalam masa sama suatu alternatif hendaklah diambil untuk memastikan pelajar masih boleh menguasai BI dalam SPM tanpa menjadikannya syarat wajib lulus.

Beliau berkata, kementerian perlu menimbangkan bahawa penguasaan BI untuk mendapat kerja bagi setiap bekas pelajar harus dilihat secara menyeluruh terutama kesan kepada mengutamakan Bahasa Kebangsaan dalam sektor swasta.

Beliau juga berkata, penguasaan ilmu tidak boleh berlaku hanya melalui pengantar BI semata-mata, sebaliknya ilmu yang berkembang melalui bahasa lain seperti bahasa Arab, Jepun, China, Russia dan Perancis mempunyai kekuatan untuk berkembang maju. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan