Undang-Undang Bersifat Jaga Kepentingan Umum Bakal Ganti Akta Polis 1967

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu undang-undang yang lebih bersifat menjaga kepentingan umum mungkin menggantikan Seksyen 27 Akta Polis 1967 berhubung kebebasan berhimpun yang sedang dikaji semula, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Sambil mengalukan-alukan kajian semula itu, beliau berkata pihaknya memang telah lama bersedia, malah perbincangan mendalam mengenai pembaharuan tersebut juga sudah dilakukan antara pimpinan tertinggi polis dan di peringkat Kementerian Dalam Negeri.

"Kita memang telah lama bersedia, berbincang di peringkat Kementerian Dalam Negeri untuk menentukan bahawa di satu pihak, kita akan biarkan kepentingan hak untuk bersuara, dan di satu pihak lain, kita nak tentukan bahawa kepentingan awam juga tidak boleh terganggu.

"Saya rasa perkara ini ada strategi yang tersendiri, saya percaya pihak penggubal undang-undang, pihak penguat kuasa akan berunding bagi menentukan apa-apa tindakan yang hendak dibuat tidak boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas perutusan khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Malaysia di Auditorium Perdana Angkasapuri malam Khamis.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan kajian komprehensif terhadap beberapa undang-undang seperti Akta Polis 1967, Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, selain pemansuhan terus Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Menurut Najib, kajian semula itu akan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan berhubung kebebasan berhimpun, dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Ditanya sama ada pengumuman itu akan memberi ruang kepada pihak tertentu mengambil kesempatan, Ismail berkata sebagai ketua kerajaan yang diberi tanggungjawab menjaga kesejahteraan rakyat, Perdana Menteri tentu tidak akan membenarkan sebarang perkara buruk terjadi, malah polis juga akan memastikan ketenteraman awam sentiasa terjamin.

"Insya-Allah, kita telah melihat secara keseluruhannya, seperti yang telah saya tekankan, kepentingan rakyat dan negara mesti diutamakan, dan saya percaya kita mempunyai kaedah untuk menentukan undang-undang terdahulu, yang dibuang, digantikan dengan undang-undang yang berbentuk lebih memikirkan kepentingan semua pihak," katanya.

Beliau juga berkata apa yang penting ialah semua undang-undang yang bakal dibuang itu perlu digantikan dengan undang-undang baru, yang tujuan utamanya adalah tidak lari daripada menjaga keamanan negara dan kesejahteraan rakyat. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan