Tiada Sebarang Kejadian Tidak Diingini Ketika Sambutan Di Dataran Merdeka

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang menyaksikan perhimpunan lebih 10,000 peserta perarakan serta orang ramai berlangsung tanpa kejadian tidak diingini, kecuali dua kes wanita yang hampir pitam serta seorang kanak-kanak hilang.

Pengurus Operasi Biro Kecemasan Kelab Putera 1Malaysia, Nasir Khan, 53, berkata para petugas paramedik merawat dua wanita yang hampir pitam kerana mereka tidak bersarapan sebelum datang ke Dataran Merdeka.

"Kedua-dua wanita itu berusia lingkungan 30-an dibawa oleh anggota keluarga masing-masing bagi mendapatkan rawatan dan mereka pulih selepas 15 minit," katanya kepada pemberita setelah tamat acara perbarisan.

Nasir berkata beliau juga terjumpa seorang kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan lima tahun sedang menangis seorang diri dan beliau membawa kanak-kanak itu ke ambulans.

"Kanak-kanak itu berhenti menangis setelah saya beri dia minum dan bendera dan dalam masa 10 minit ibunya datang mencari kanak-kanak itu dan mengambilnya di sini," katanya.

Nasir berkata bagi menghadapi sebarang kemungkinan disebabkan kesesakan orang ramai di Dataran Merdeka, pihak biro menyediakan tujuh buah ambulans serta 21 petugas paramedik yang terlatih.

Katanya para petugas paramedik itu yang terdiri daripada pelajar serta bekas pelajar kolej serta bekas mat rempit tiba di Dataran Merdeka seawal jam 5.30 pagi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan