Sambutan Ambang Merdeka, Hari Malaysia Meriah Walaupun Hujan - Berita Semasa | mStar

Sambutan Ambang Merdeka, Hari Malaysia Meriah Walaupun Hujan

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Meskipun tanpa acara rasmi di Dataran Merdeka yang biasa dilakukan saban tahun sebelum ini, sambutan Ambang Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia ke-48 malam Khamis tetap meriah, hasil usaha pihak swasta dan persendirian di beberapa lokasi di ibu negara.

Hujan tidak sedikitpun membataskan keterujaan orang ramai yang berhimpun seawal 8 malam untuk berkongsi kemeriahan sambutan dua hari bersejarah negara yang julung kali disambut serentak itu.

Suasana di sekitar Taman KLCC tetap meriah dengan kehadiran kira-kira 5,000 orang termasuk pelancong asing sejak 5 petang lagi.

Malam tadi, hadirin disajikan persembahan kebudayaan oleh Petronas Performing Arts Group, dan sambutan tiga hari bermula hari ini akan dipenuhi pelbagai aktiviti menarik seperti konsert bagi memperingati hari bersejarah itu.

Seperti biasa juga, kiraan mengundur turut diadakan, yang disusuli percikan bunga api pelbagai warna menghiasi langit Kuala Lumpur.

Di KOTA DAMANSARA, Encorp Berhad menganjurkan acara sejak 8.30 malam dengan persembahan konsert dan perarakan jalanan yang menggabungkan pasukan pancaragam empat sekolah menengah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Utama, SMK Damansara Jaya, SMK Seri Garing, dan SMK St John.

Detik 12 tengah malam disambut dengan kiraan mengundur dan disusuli pertunjukan bunga api.

Kira-kira 2,000 pengunjung memeriahkan sambutan yang diadakan di Encorp Strand itu.

Di GENTING HIGHLANDS, pengunjung disajikan persembahan perkusi tangan, silap mata, pancaragam dan artis popular tanah air yang menyanyikan lagu patriotik seawal 7.30 malam di Merdeka Stage, Genting Outdoor Theme Park.

Tepat 12 tengah malam, acara diteruskan dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang serta nyanyian lagu Negaraku dan Satu Malaysia oleh kira-kira 5,000 pengunjung.

Pertunjukan bunga api turut menyerikan langit taman tema itu selama kira-kira 10 minit, yang disemarakkan dengan laungan kemerdekaan dan 1Malaysia. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan