Rumah Terbuka Aidilfitri PM Di Pekan Ahad Ini

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan mengadakan majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini pada Ahad bermula 10 pagi hingga 2 petang.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan Datuk Ishak Muhamad berkata, lokasi itu dipilih kerana berdekatan taman perumahan dan kawasan kampung di sekitarnya, sekaligus memudahkan orang ramai menghadiri majlis berkenaan.

Beliau berkata Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Sultanah Pahang Sultanah Kalsom, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menghadiri rumah terbuka itu.

"Sebanyak 130 pembekal makanan akan menyediakan pelbagai jenis makanan kepada pengunjung seperti nasi beriani, nasi beriani gam, laksa Pahang, laksa Penang dan lain-lain pada majlis itu nanti," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Ishak berkata bagi memudahkan orang ramai menghadiri majlis itu, bas perantara akan disediakan.

"Bagi pengunjung dari Merchong, Nenasi dan Chini, kita menyediakan dua bas di Pekan Riverfront manakala dari arah Kuantan pula, bas akan disediakan di GiatMara Pekan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pekan di sini," katanya.

Beliau berkata majlis itu yang akan turut dimeriahkan oleh beberapa artis tempatan seperti Syed Sobri, Ramlah Ram, Dafi, Noraniza Idris, Firdaus dan kumpulan Batak dari Indonesia, dijangka menarik 20,000 pengunjung. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan