Pemansuhan ISA Perlu Disambut Dengan Sikap Penuh Tanggungjawab Semua Pihak

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) perlu disambut semua pihak dengan penuh tanggung jawab bagi memastikan survival isu keselamatan negara.

Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Md Shukri Shuib berkata keputusan itu memperlihatkan keyakinan Najib terhadap keupayaan masyarakat, termasuk anggota legislatif pembangkang, dalam melaksanakan proses transformasi secara menyeluruh.

"Berdasarkan pemansuhan ISA ini, secara tidak langsung, badan eksekutif dah beri sebahagian kuasanya dalam soal keselamatan kepada badan kehakiman dan legislatif, termasuk kepada rakyat secara amnya.

"Dan sepatutnya, mereka dalam sektor perundangan negara termasuk peguam-peguam di Majlis Peguam, perlu lebih berdisiplin dan harus menjadi neutral secara total, jangan lagi ada dolak-dalik dan berselindung di sebalik kegiatan politik.

Dalam aspek ini juga, komitmen juga harus diberikan pembangkang dalam menjayakan hasrat transformasi ini," katanya ketika dihubungi Bernama, Khamis.

Beliau juga berkata keputusan itu tidak seharusnya membuka jalan kepada pihak tertentu untuk melakukan kegiatan subversif, sebaliknya ia harus dilihat sebagai langkah tepat bagi mengukuhkan sistem demokrasi, berfungsi dan inklusif seperti yang dinyatakan Najib.

Najib dalam Perutusan Khas Hari Malaysia malam ini mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Perdana Menteri berkata undang-undang baru itu akan digubal di bawah 'semangat serta payung' Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Dalam perutusan itu, beliau turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 selain akan mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan seksyen 27 Akta Polis 1967.

Mengulas lanjut, Md Shukri berkata seharusnya selepas ini tidak timbul lagi sebarang polemik nakal yang mendakwa sebarang langkah keselamatan oleh kerajaan adalah bersifat politik.

Selain itu, beliau berharap pembangkang mengemukakan alternatif bernas dalam proses penggubalan akta baru berdaya keselamatan yang lebih komprehensif dan bukan sekadar bermain sentimen politik.

Sementara itu, Presiden Makkal Sakhti Malaysia Datuk R.S. Thanenthiran berkata keputusan Najib membuktikan janji beliau ketika mula-mula memegang jawatan untuk menjadi 'Perdana Menteri Rakyat' benar-benar dilaksanakan.

Menyifatkan keputusan itu sebagai 'sesuatu yang berani', Thanenthiran berkata pemansuhan ISA sememangnya dinanti-nantikan oleh masyarakat.

"Ini satu transformasi yang begitu besar, begitu hebat, demi kesejahteraan rakyat, dan semua harus mengucapkan terima kasih atas ketelusan dan keberanian beliau.

"Saya percaya keputusan ini dibuat setelah pelbagai kajian dibuat dengan teliti dari semua aspek, masanya sesuai untuk pembaharuan. Dalam era kita menuju pemodenan, akta lapuk ini harus dimansuhkan," katanya.

Beliau berkata keputusan itu bukan sahaja bakal melonjakkan imej Barisan Nasional malah Malaysia kerana masih ada negara maju yang mengamalkan ISA.

Sementara itu, Presiden Kelab Wartawan Kebangsaan Mokhtar Hussein menyambut baik keputusan kerajaan mengkaji semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 secara menyeluruh dan berharap ia akan membawa perubahan positif.

"Sebarang perubahan positif terhadap akta itu akan memberi lebih ruang kepada pihak media di Malaysia untuk berperanan secara lebih konstruktif tanpa rasa takut.

"Ia juga akan mengangkat standard kewartawanan di negara ini ke tahap lebih tinggi dan meningkatkan tahap integriti media untuk memainkan peranan yang lebih baik dalam sebuah masyarakat demokratik," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan