Kumpulan Aktivis, Peguam Harap Perubahan Dilakukan Segera

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Beberapa peguam dan aktivis hak kemanusiaan yang menyambut baik transformasi politik terutamanya pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) berharap pembaharuan itu akan dilaksanakan segera.

Rata-rata mereka menjangkakan perubahan itu menjanjikan masa depan cerah untuk negara.

Majlis Peguam memuji usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengalu-alukan pemansuhan dan penggubalan dua undang-undang baru di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Presidennya, Lim Chee Wee berkata, pembaharuan itu merupakan langkah pertama ke arah memperbaiki undang-undang dan menghormati Perlembagaan Persekutuan.

"Ini adalah pendekatan tepat dilakukan Perdana Menteri selepas mendengar suara rakyat. Kami sedia menanti butiran pembaharuan ini," katanya

Pengerusi Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham), Tan Sri Simon Sipaun memuji tindakan berani Najib memansuhkan Akta ISA, Buang Negeri dan tiga undang-undang darurat.

Sipaun berkata, jika mana-mana individu melakukan kesalahan, mereka perlu diberi peluang untuk mempertahankan diri sendiri di mahkamah.

Tambahnya, undang-undang seperti ISA akan memberi kuasa kepada polis untuk melakukan tangkapan tanpa perbicaraan yang jelas melanggar norma dan hak kemanusiaan.

Setiausaha Proham, Datuk Michael Yeoh berkata, pendekatan termasuk langkah-langkah memberi kebebasan ketika berhimpun akan mewujudkan lebih banyak ruang demokrasi untuk rakyat di negara ini.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik pemansuhan ISA yang diumumkan Najib pada malam Khamis.

"Setelah hampir sekian lama, ia di perjuangkan untuk rakyat. Namun kita masih perlu berjaga-jaga dengan dua undang-undang baru sama ada kebebasan akan terus diberi jaminan," katanya.

Bagi, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) Datuk Ambiga Sreenevasan, pembaharuan itu merupakan berita gembira tetapi sejauh mana kebebasan untuk berhimpun diberikan, demonstrasi jalanan tetap tidak dibenarkan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam twitternya berkata; Mendengar pengumuman Najib terhadap pemansuhan Akta ISA, PPPA, Akta Polis dan sebagainya. Ia berita gembira tetapi perlu dikaji dengan mendalam.

Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Elizabeth Wong berkata, kuasa semua pihak membuktikan sesuatu yang mustahil boleh menjadi kenyataan.

"Pada hari ini, usaha keras Suaram, Hakam, GMI, NGO dan parti politik selama hampir 20 tahun menjadi kenyataan," katanya.

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan menyifatkan perubahan itu sebagai kejayaan di atas perjuangan untuk rakyat.

"Najib melakukan perubahan ini kerana beliau berasa terasing dari sentimen popular di kalangan rakyat. Namun kami menyambut baik reformasi ini," katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan