Keputusan Mansuhkan ISA: Zaid Mohon Maaf Pada PM

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Bekas menteri Kabinet, Datuk Mohd Zaid Ibrahim pada Jumaat memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana suatu ketika dahulu beliau tidak pernah yakin dengan keupayaan Najib untuk melakukan sesuatu termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mohd Zaid berkata ternyata pandangan beliau terhadap Najib adalah meleset sama sekali apabila Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan akta berkenaan semalam.

"Saya dahulu tidak yakin Najib mempunyai keberanian untuk membuat sesuatu yang besar dan hari ini saya minta maaf pada Perdana Menteri kerana akhirnya sanggup berbuat sesuatu yang bermakna dan besar untuk memansuhkan ISA ini.

"Saya sifatkan ini sebagai satu hadiah kepada rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini.

Semalam Najib mengumumkan pemansuhan ISA dan memberi jaminan dua undang-undang baru yang akan digubal untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang serta perbuatan jenayah tidak akan digunakan untuk menahan mana-mana individu semata-mata kerana ideologi politik.

Selain itu, antara yang turut dimansuhkan ialah Akta Buang Negeri 1956, selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Mohd Zaid yang kini Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) berkata apa yang dilakukan Najib itu telah memberi nafas baru kepada istilah demokrasi untuk terus subur di negara ini.

Beliau yakin Najib tidak mempunyai agenda politik dalam mengumumkan pemansuhan berkenaan dan meminta semua rakyat dan pembangkang agar menyokong setiap pembaharuan yang mahu dilaksanakan Perdana Menteri demi rakyat.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyokong pemansuhan ISA yang bagi beliau sepatutnya dilakukan sejak dahulu lagi.

"Ia memang selari dengan kehendak kita (pembangkang) kerana ISA ini tidak selari dengan kehendak Islam dan melanggar hak asasi manusia.

"Kita ada hakim dan lawyer (peguam). Tak perlu ada ISA yang bertindak tidak betul ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat negeri di Padang Majlis Daerah Machang di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan