Adik Rashid Maidin Akan Halang Mat Sabu Terus Kaitkan Nama Abangnya Dalam Ceramah

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Adik kepada bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) akan mengambil tindakan mahkamah untuk menghalang Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu daripada mengaitkan nama abangnya Rashid Maidin dalam ceramah politiknya.

Datuk Mohamed Yusof Maidin, 86, berkata beliau sedang berurusan dengan peguam untuk mengambil tindakan terhadap Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

"Kenyataan yang dikeluarkan Mat Sabu sangat mengguris hati kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di kediamannya di Bandar Desa, Chenderong Balai di sini, Khamis.

Beliau difahamkan terdapat ceramah politik oleh pihak pembangkang yang sering mengaitkan abangnya dan ideologi komunis.

Beliau berkata Rashid Maidin telah meninggal dunia pada 1 September 2006 dan adalah tidak wajar mengaitkan orang yang tiada semata-mata untuk kepentingan politik.

"PKM telah meletakkan senjata dan mengisytiharkan perdamaian dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989, ideologi komunis sudah tidak wujud lagi di negara ini dan tidak wajar ditimbulkan oleh mana-mana pihak," katanya.

Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik selama tiga penggal dari tahun 1974 itu meminta kerajaan bertindak tegas terhadap Mat Sabu kerana menimbulkan isu kontroversi seperti itu.

Sempena sambutan kemerdekaan ke-54 negara dan Hari Malaysia, beliau bersyukur kerana negara ini dapat terus menikmati kemajuan serta perpaduan rakyat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan