Salleh Pertahan Sistem Demokrasi Sedia Ada

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak tidak bersetuju untuk mengehadkan penggal perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri.

Beliau berkata amalan sistem demokrasi sedia ada sudah mencukui untuk kestabilan politik di mana "kemahuan rakyat" kekal sebagai prinsip panduan.

"Sementara mungkin terdapat merit terhadap idea tersebut, ia tidak semestinya menjadi jalan terbaik untuk Malaysia.

"Saya fikir ia mungkin sukar sebagai polisi bahawa individu tidak boleh diberi peluang, sekiranya ia merupakan kehendak rakyat untuk individu berkenaan terus berkhidmat lebih daripada dua penggal," katanya kepada Bernama pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran Umno bahagian Kinabatangan di Bukit Garam, Khamis.

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah diminta mengulas mengenai cadangan Presiden Barisan Bersatu Borneo (UBF) Datuk Dr Jeffrey Kitingan agar kerajaan persekutuan menetapkan polisi mengehadkan penggal perkhidmatan perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri hanya kepada dua penggal.

Jeffrey yang juga bekas naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini turut mengetuai Yayasan Warisan Borneo dilaporkan baru-baru ini telah menggesa agar ditukar sistem sekarang yang membenarkan perdana menteri, ketua menteri dan menteri besar terus kekal berkhidmat untuk beberapa lama.

Di bawah sistem sekarang, perdana menteri, ketua menteri atau menteri besar secara umum berkhidmat selagi mereka mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri pada setiap pilihan raya umum.

Salleh berkata tidak perlu ditukar sistem tersebut atau meniru sistem politik negara maju kerana ia "tidak berkesan dan tidak perlu" ekoran latar belakang politik Malaysia yang berbeza dengan negara maju.

"Kita serahkan kepada rakyat untuk memutuskan tentang kerajaan atau nasib pemimpin yang mereka mahu dan kehendak rakyat perlu dihormati oleh semua termasuk pembangkang," katanya.

Pada masa yang sama beliau menyeru rakyat Sabah terus menyokong Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang mempunyai rekod yang baik dalam memajukan Sabah terutama dari segi kewangan yang kukuh.

Beliau berkata rakyat jangan mudah terpesong dengan janji kosng dan taktik kotor pembangkang tetapi perlu menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana hanya BN yang boleh memperjuangkan nasib rakyat Sabah.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan