Perodua Jangka Versi Baharu Myvi Diterima Baik

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menjangka versi baharu, New Myvi Special Edition (SE) dan New Myvi Extreme, diterima dengan baik oleh rakyat Malaysia.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata Myvi baharu itu dengan enjin berkuasa 1.5 liter menjalani pengubahsuaian berdasarkan kepada maklum balas oleh pembeli yang mahukan enjin berkapasiti lebih besar.

"Kami mengambil masa 27 bulan untuk membangunkan generasi baharu Myvi itu berbanding 34 bulan bagi generasi pertama dan banyak penambahbaikan telah dibuat," katanya di pelancaran kereta tersebut di sini, Khamis.

Versi baharu Myvi itu berharga antara RM50,9000 dan RM61,7000, katanya.

Aminar berkata susulan pelancaran tersebut, Perodua menjangka jualan versi baharu itu menyumbang 45 peratus kepada keseluruhan jualan bulanan 8,000 model baharu Myvi dan membantu memenuhi sasaran jualan 2011 sebanyak 190,000 unit.

"Myvi SE sebelum ini menyumbang kira-kira 30 peratus kepada jumlah jualan Myvi," katanya sambil menambah versi 1.3 liter Myvi baharu itu menerima 34,000 tempahan dengan 18,000 unit telah diserahkan setakat ini.

Mengenai pasaran Perodua di Indonesia, Aminar berkata, jualan Myvi 1.3 liter baharu itu yang dijual di bawah lambang Daihatsu Sirion, mencecah antara 2,500 dan 2,700 unit pada akhir tahun.

Terdahulu, Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia memberikan Perodua empat bintang bagi Myvi baharu tersebut untuk Program Penilaian Kenderaan Malaysia.

New Myvi SE 1.5 liter dan New Myvi Extreme 1.5 liter itu didatangkan dengan jenis manual dan automotik.

SE tampil dengan lima warna kuning, putih, ungu metalik, hitam metalik dan perak metalik.

Manakala Extreme dengan tiga warna kuning, putih dan hitam metalik. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan