Perkhidmatan KTM Alami Gangguan Akibat Hujan Lebat

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren KTM Berhad meliputi KTM Komuter, ETS, KTM Intercity dan KTM Kargo mengalami gangguan akibat limpahan air hujan yang mengganggu struktur landasan di KM366.392 di antara Kuang-Sungai Buloh akibat hujan lebat berterusan bermula petang Rabu.

KTM menerusi kenyataan berkata perkhidmatan tren tersebut terpaksa dijadualkan semula dan KTM menjangkakan kerja-kerja membaik pulih landasan dan struktur akan hanya dapat disiapkan sebelum pukul 2 petang Sabtu ini (17 Sept).

Bagi perkhidmatan komuter, tren dari Sungai Gadut ke Rawang telah ditamatkan di Stesen Sungai Buloh dan berpatah balik ke Sungai Gadut manakala penumpang dari Sungai Buloh ke Rawang akan meneruskan perjalanan dengan perkhidmatan bas perantaraan yang disediakan.

"Bagaimanapun, perkhidmatan sektor Pelabuhan Klang-Batu Caves dan Rawang-Tanjung Malim tidak terjejas dan beroperasi seperti biasa," kata kenyataan itu.

Bagi perkhidmatan KTM Intercity pula, tren-tren yang dijadualkan semula ialah Ekspres Sinaran Utara Butterworth-Tanjung Malim di mana perkhidmatan tren ditamatkan di stesen Tanjung Malim dan penumpang dipindahkan menggunakan bas perantaraan ke KL Sentral.

Bagi Ekspres Senandung Mutiara Tanjung Malim-Butterworth pula, tren bermula dari stesen Tanjung Malim dan penumpang akan menaiki bas dari stesen KL Sentral ke stesen Tanjung Malim atau penumpang boleh menggunakan perkhidmatan KTM Komuter dari Rawang ke stesen Tanjung Malim.

Bagi Ekspres Senandung Langkawi Hat Yai-Ipoh, perkhidmatan tren akan ditamatkan di stesen Ipoh dan penumpang dipindahkan menggunakan bas perantaraan ke KL Sentral manakala bagi perjalanan Ipoh-Hat Yai pula, tren akan bermula dari stesen Ipoh di mana penumpang akan menaiki bas dari stesen KL Sentral ke stesen itu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 1-300-88-5862 dari pukul 9 pagi hingga 10 malam. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan