Kes Gereja DUMC Ke Mahkamah Syariah 19 Oktober

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kes berkaitan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) akan disebut di Mahkamah Syariah Shah Alam di sini pada 19 Okt depan.

Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata kertas siasatan berhubung kes itu telah selesai dan akan diserahkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebaik beliau pulang dari lawatan kerja di Jerman.

"Semua dah selesai (siasatan) kita akan serahkan kepada Menteri Besar untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini Khamis.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai sebutan kes itu termasuk pihak terbabit serta jumlah orang yang berkemungkinan akan didakwa.

"Semua itu terpulang kepada Pendakwa Raya...tunggu sahajalah," katanya.

Pada 3 Ogos lepas, Jais melakukan pemeriksaan ke atas DUMC selepas mendapat maklumat terdapat orang Islam menyertai majlis yang dianjurkan gereja itu serta ada maklumat berlaku penyebaran ajaran Kristian kepada mereka yang beragama Islam di gereja berkenaan.

Bagaimanapun, pihak penganjur yang dikenali sebagai Komuniti Harapan mendakwa mereka hanya menganjurkan majlis kesyukuran atau 'thanksgiving' di gereja itu.

Sehubungan itu Jais telah memanggil seramai 12 individu beragama Islam yang hadir pada majlis anjuran DUMC itu untuk diambil keterangan bagi menyiasat dakwaan berlakunya kegiatan memurtadkan umat Islam pada majlis tersebut.

Isu tersebut menjadi kecoh apabila Abdul Khalid campur tangan dan menggesa JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung pemeriksaan yang dilakukan pihak penguat kuasa jabatan agama itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan