Kerajaan BN Tukar Wajah Negara Jadi Antara Negara Membangun Termaju Di Dunia

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang merupakan parti pilihan rakyat berjaya menukar wajah negara ini sehingga diiktiraf sebagai antara negara yang membangun dan maju di dunia.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin berkata kejayaan itu dicapai melalui perjuangan pemimpin lampau yang berani dan cekal memerdekakan negara ini.

Oleh itu, katanya rakyat negara ini perlu menghayati sejarah perjuangan mereka terutama pahlawan negara yang telah merintis jalan kepada generasi terkemudiannya untuk terus mencorakkan bumi Malaysia.

"Kita perlu beriltizam untuk meneruskan cita-cita murni dan harapan mereka untuk menjadikan tanah air yang kita sedang duduki ini terus maju dan makmur," katanya ketika berucap pada majlis perasmian pameran khas Arkib Negeri Sabah sempena Hari Kemerdekaan peringkat negeri di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Sabah, di sini Khamis.

Sehubungan itu, Yahya berharap rakyat tidak mudah terpedaya dengan pihak tertentu yang cuba memesongkan fakta sejarah kemerdekaan negara ini.

"Saya bimbang jika trend seperti ini berterusan, maka ia pasti akan menjadi persoalan oleh generasi di masa akan datang sehingga boleh membinasakan negara kita," katanya.

Beliau juga mahu Arkib Negeri Sabah terus memainkan peranan bagi memastikan rekod sejarah dapat dihebahkan kepada masyarakat umum agar mereka dapat memahami dan mengetahui perkembangan sejarah tanah air supaya pemikirannya tidak mudah dipesongkan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan