Bekas Anggota Komando 69 Bidas Kenyataan Zainal Kling

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas anggota Komando 69, membidas kenyataan Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang mendakwa kononnya Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British.

DSP (B) Mohd Noor Razak berkata kenyataan itu cukup mengelirukan rakyat negara ini yang sudah maklum tentang sejarah penjajahan Inggeris di negara ini.

Beliau berkata, kenyataan Zainal juga tidak tepat kerana proses penjajahan British ke atas Tanah Melayu pada waktu itu berlaku dalam banyak bentuk.

Katanya, perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan telah lama berlaku dalam negara ini dan kenyataan Zainal seolah-olah memperlihatkan gerakan mendapatkan kemerdekaan oleh para pejuang negara tidak relevan.

"Sememangnya Tanah Melayu pernah dijajah. Jika kita tidak dijajah, apa perlunya kita dapatkan kemerdekaan? Apakah tujuan sebenarnya kenyataan mengelirukan itu dikeluarkan..." katanya dalam Program Kerusi Panas, terbitan Radio24 di Wisma Bernama.

Mohd Noor turut menggesa rakyat di negara ini supaya tidak menaruh perasaan prejudis terhadap masyarakat Cina hanya disebabkan segelintir daripada mereka pernah terlibat dalam gerakan yang hampir menghancurkan negara satu ketika dahulu.

Katanya, tanggapan bahawa Komunis adalah orang Cina dan orang Cina adalah Komunis merupakan satu persepsi yang sempit, salah dan tidak kena pada tempatnya.

Menurutnya, bukan semua masyarakat Cina terbabit dalam gerakan Komunis dan mereka sebenarnya telah memberikan banyak sumbangan dalam pasukan polis dan cawangan khas dari aspek perisikan semasa berlakunya pemberontakan Komunis di Tanah Melayu ketika itu.

"Malahan dalam pasukan polis dan cawangan khas umpamanya, banyak keanggotaan juga datang dari masyarakat Cina," tegas beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan