Tiada Program Ambang Merdeka Di Dataran Merdeka

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada sambutan ambang Hari Kemerdekaan Ke-54 dan Hari Malaysia akan diadakan di sekitar Dataran Merdeka pada malam Khamis, menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Jurucakap Unit Komunikasi Korporat DBKL berkata acara seperti konsert, pertunjukan bunga api dan kiraan detik masa tidak dapat diadakan kerana kawasan tersebut ditutup untuk persediaan perarakan esok harinya. "Sehingga kini pihaknya tidak mendapat permohonan daripada mana-mana pihak untuk mengadakan sebarang sambutan di sekitar ibu kota. Namun DBKL tidak menolak kemungkinan pihak tertentu mengadakan sambutan di premis masing-masing," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Genting Malaysia Berhad akan mengadakan sambutan di Merdeka Stage, Genting Outdoor Theme Park.

Pegawai Perhubungan Media Genting, Lim Sui Hui berkata sambutan bermula 7.30 petang akan diserikan dengan persembahan pancaragam, percussion, persembahan artis tanah air dan persembahan bunga api. "Sambutan ini terbuka untuk orang ramai," katanya.

Encorp Berhad pula akan mengadakan sambutan sempena Hari Malaysia di Encorp Strand, Kota Damansara dekat sini dengan acara seperti perarakan jalanan), pertunjukan tarian fusion Malaysia, kiraaan detik, pertunjukan bunga api dan konsert oleh artis seperti Reshmonu, Bunkface dan Joe Flizzow. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan