Saranan Lewatkan PRU-13 Bukti BN Hadapi Krisis Calon - PAS

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa kembali memainkan peranan terutamanya dalam membuat percaturan berhubung pemilihan calon yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Malah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa saranan terbaru bekas Perdana Menteri itu agar PRU-13 dilewatkan memperlihatkan bahawa BN menghadapi krisis 'calon boleh menang'.

"Kenyataan Dr Mahathir seolah-olah menggambarkan Umno atau BN menghadapi isu calon atau isu berkaitan parti itu sendiri.

"Beliau juga beri mesej bahawa BN tak berkelayakan untuk menang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, Rabu.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir pada Isnin yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak agar tidak tergesa-gesa untuk mengadakan PRU-13 supaya tidak tersalah memilih calon.

Mengulas lanjut Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa, pada masa yang sama Dr Mahathir turut berperanan memberi tekanan kepada Najib agar tidak mengetuai PRU-13 nanti.

Menurutnya saranan melewatkan pilihan raya dibuat bertujuan memberi ruang kepada pemimpin dan ahli akar umbi Umno agar memberi tekanan kepada Najib untuk berundur.

"Dr Mahathir tahu Najib kini menjadi liabiliti kepada Umno dan BN. Sebab itu beliau tak yakin BN boleh menang kalau PRU-13 diadakan dalam terdekat.

"Jadi pandangan agar lewatkan PRU-13 adalah isyarat yang diberikan oleh Dr Mahathir kepada ahli Umno supaya memberi tekanan kepada Najib untuk berundur," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan