Sambutan Hari Kemerdekaan N. Sembilan Akan Diadakan Di Stadium Sukan Paroi

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Kira-kira 8,000 orang akan menyertai sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 peringkat Negeri Sembilan yang akan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini Jumaat ini, menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mat Ali Hassan.

Beliau berkata penyertaan itu akan melibatkan 84 kontinjen yang terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta serta pelajar.

Dua pasukan pancaragam yang turut mengambil bahagian ialah dari Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) dan pasukan Tambor 15 Regimen Askar Melayu Diraja, katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Mat Ali yang juga pengerusi jawatankuasa induk sambutan berkata perbarisan itu akan bermula di Kompleks Belia dan Sukan Paroi dan berakhir di Sekolah Menengah Vokasional Ampangan.

Katanya perbarisan berkenaan akan bermula pada pukul 9 pagi dan dijangka berakhir pada 11.30 pagi.

Berikutan itu, sebahagian Jalan Seremban-Kuala Pilah di simpang empat Gedong Lalang hingga simpang empat Taman Paroi Jaya akan ditutup kepada semua kenderaan sempena perbarisan itu, katanya.

Sementara itu, katanya sambutan Hari Malaysia 2011 peringkat negeri akan berlangsung di padang Majlis Perbandaran Seremban pada sebelah malamnya.

Beliau berkata lebih 25,000 orang dijangka hadir pada sambutan itu yang akan diserikan dengan persembahan bunga api dan persembahan artis popular seperti Datuk M. Daud Kilau, Hattan, Amer UKs, Hazama AF dan Kumpulan Jambu.

Para pengunjung juga akan dijamu dengan pelbagai juadah yang akan dihidangkan pada sambutan tersebut, kata Mat Ali.

Pada majlis tersebut akan diadakan penyerahan Jalur Gemilang kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan melalui pasukan 'flying fox' yang akan turun dengan tali dari tingkat 11 Bangunan Yayasan Negeri Sembilan ke tengah padang, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan