Proton Serah Lapan Kereta Elektrik Kepada Kerajaan

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Mantan Perdana Menteri yang juga Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kiri) mmelihat kereta Proton Exora Range Extender Electric Vehicle (REEV) pada majlis penyerahan kereta Proton Exora REEV itu kepada menteri-menteri untuk kegunaan kementerian-kementerian di Bangunan Perdana Putra di sini, Rabu. -fotoBERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Mantan Perdana Menteri yang juga Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kiri) mmelihat kereta Proton Exora Range Extender Electric Vehicle (REEV) pada majlis penyerahan kereta Proton Exora REEV itu kepada menteri-menteri untuk kegunaan kementerian-kementerian di Bangunan Perdana Putra di sini, Rabu. -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) pada Rabu menyerahkan tiga unit model Saga 'Electric Vehicle' (EV) dan lima unit 'Range Extender Electric Vehicle' (REEV) bagi membantu kerajaan menilai potensi teknologi hijau dalam pembangunan sistem dan infrastruktur kenderaan elektrik dan hibrid di Malaysia.

Penyerahan kenderaan itu ialah kepada pejabat Perdana Menteri serta empat lagi kementerian iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan.

Pengerusi Proton Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh menyerahkan kenderaan-kenderaan tersebut kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta menteri yang mewakili kementerian masing-masing pada majlis yang diadakan di pejabat Perdana Menteri di sini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan Penasihat Proton.

Penyerahan kenderaan itu memenuhi fasa pertama Program Kenderaan 'Fleet Test' yang merupakan usahasama antara Proton, KeTTHA dan MITI bertujuan mendapatkan maklum balas serta data mengenai penggunaan kenderaan elektrik Proton merangkumi sistem, teknologi dan reka bentuk kenderaan serta tingkah laku pengguna. Proton Saga 'EV' merupakan sebuah kenderaan elektrik manakala Proton Exora 'REEV' pula ada sebuah kenderaan elektrik penambah jarak.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan KeTTHA di sini hari ini, Proton turut menyediakan kemudahan stesen pengecas kenderaan-kenderaan tersebut di premis Pejabat Perdana Menteri serta keempat-empat kementerian yang terlibat.

"Sistem pengecas untuk kegunaan rumah juga akan dibekalkan kepada pemandu-pemandu kenderaan terbabit yang akan dikenal pasti dari pejabat Perdana Menteri dan keempat-empat kementerian tersebut," kata kenyataan itu. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan