Proton Lancar Model R3 Bagi Saga, Pesona, Inspira Dan Exora

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Proton Holdings Bhd, pembuat kereta nasional, merancang untuk melancarkan model R3 (Race, Rally, Research) iaitu Saga, Pesona, Inspira dan Exora menjelang awal tahun depan, kata Ketua Bahagian Motorsports, Datuk Abdul Razak Dawood.

Beliau berkata, model-model berkenaan yang dibina oleh bahagian Motorsports di bawah unit R3, masih melalui proses modifikasi, prototaip serta pembangunan dan harganya masih belum diputuskan.

"Model R3 Proton mempunyai pasaran khusus tersendiri terutamanya mereka yang berminat memiliki keunikan dan mencari prestasi lebih baik," katanya selepas pelancaran program "My Proton Makeover" di sini, Selasa.

"Kami akan menjual model-model ini di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Australia dan juga menawarkan body kit," katanya dan menambah bahawa kira-kira 80 unit model Satria R3 dijual tahun ini.

Sementara itu, peraduan "My Proton Makeover" merupakan sebahagian daripada langkah Proton untuk mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada pelanggan setia Proton. Mereka yang berminat dengan program boleh mendaftar di www.protonVIP.com. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan