PAS: MPN Mungkin Berasas Dakwa Tanah Melayu Tidak Dijajah

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS pada Khamis menyatakan pendirian senada dengan kesimpulan Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau yakin kenyataan MPN mempunyai asas tertentu berdasarkan fakta dan hujah hasil kajian mereka.

"Mungkin MPN ada fakta tertentu apabila mereka katakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

"Jadi saya harap rakyat melihat pandangan mereka itu secara terbuka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini.

Sebelum ini Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya MPN, Datuk Dr Zainal Kling berkata, meskipun British mengetuai seluruh pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu, namun Tanah Melayu bukan tanah jajahan British.

Bagaimanapun tafsiran berkenaan mendapat kritikan dan pertiakaian pelbagai pihak berhubung sejarah asal negara ini.

Polemik mengenai perjuangan di zaman sebelum merdeka 1957 timbul setelah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu didakwa berkata, gerombolan pengganas komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong pada 1950 adalah wira, manakala anggota polis yang terkorban adalah polis penjajah British.

Mengulas lanjut Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, pada peringkat ini kerajaan seharusnya menubuhkan satu panel khas bagi mengkaji dan memperbetulkan semula sejarah negara.

Menurut Mahfuz, kajian semula tersebut perlu diadakan bagi mengelakkan rakyat terus terkeliru dengan pelbagai fakta sejarah yang dikemukakan oleh pelbagai pihak ketika ini.

"Kita harus ada sikap terbuka dalam soal ini. Jadi kerajaan sendiri perlu tubuh satu panel khas untuk lihat kembali sejarah negara kita.

"Panggil Dr Zainal Kling, panggil Prof Khoo Kay Kim dan panggil Mohamad Sabu untuk beri mereka peluang nyatakan fakta sejarah," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan