Lapan Banduan Terpilih Dapat Bertemu Keluarga Sempena Program Jalinan Aidilfitri

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kegembiraan jelas terpancar pada wajah lapan banduan di Penjara Reman Pulau Pinang di sini, rAbu apabila mereka terpilih mengikuti program Jalinan Kasih Aidilfitri yang memberi mereka peluang bertemu anggota keluarga masing-masing.

Mereka diberikan peluang keemasan itu kerana tingkah laku baik sepanjang berada di penjara itu.

Seorang banduan yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 29, berkata kedatangan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna kerana berpeluang menyambutnya bersama-sama anggota keluarga.

"Ini merupakan kali pertama saya dapat berjumpa keluarga secara dekat, dapat memeluk kedua ibu bapa saya sambil memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan yang dilakukan, saya bersyukur diberi peluang," katanya yang dipenjarakan kerana kesalahan samun, dua tahun lepas.

Seorang lagi penghuni yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail, 35, turut melahirkan kegembiraan apabila diberi peluang bertemu isteri, anak serta ibunya. "Saya berazam untuk tidak mengulangi kesilapan lampau dan menyesal dengan kesilapan masa lalu," katanya yang berasal dari Kulim, Kedah, yang dipenjarakan sejak tahun 2008 kerana kesalahan merompak.

Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang, Rosoman Abu Bakar berkata kesemua lapan penghuni itu diberi peluang berikutan sikap positif dan tingkah laku yang baik sepanjang mereka berada di penjara tersebut.

Katanya aktiviti tersebut merupakan sebahagian daripada program pemulihan atau jalinan kasih yang dirancang untuk memberi pemulihan kepada banduan melalui sokongan keluarga.

"Program berkenaan memberi peluang kepada banduan untuk berjumpa keluarga secara dekat dan bersemuka berbanding sebelum ini mereka hanya boleh bercakap melalui telefon tetapi hari ini mereka dapat berjumpa dan memeluk anggota keluarga masng-masing," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Kira-kira 30 anggota keluarga lapan penghuni penjara berkenaan hadir dalam program selama kira-kira dua jam itu.

Rosoman berkata Penjara Reman Pulau Pinang kini dihuni seramai 624 orang dan daripada jumlah itu, 112 penghuni merupakan banduan yang sedang menjalani hukuman manakala 512 orang lagi berada dalam tahanan reman. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan