K'jaan & Bank Negara Akan Wujudkan Persekitaran Positif Sektor Kewangan

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan dan Bank Negara Malaysia akan mengambil tindakan, dalam bidang kuasa mereka, untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan sektor kewangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya mahu bang-bank Malaysia mengenal pasti potensi, mencari pasaran baharu dan bidang pertumbuhan baharu," katanya yang juga Menteri Kewangan semasa merasmikan Sasana Kijang, pusat pembelajaran dan pengetahuan sektor pembangunan perbankan dan kewangan, di sini, malam Rabu.

Beliau berkata, sektor kewangan mesti menawarkan produk dan perkhidmatan bertaraf dunia yang memenuhi keperluan pengguna dan perniagaan semasa dan akan datang.

Apabila perkhidmatan kewangan berkembang, ia wajar mengkaji pertumbuhan bidang kewangan baharu - bidang yang memerlukan tahap inovasi dan keupayaan keusahawanan yang tinggi, kata Najib.

Najib berkata, semua peringkat perniagaan, termasuk perusahaan kecil dan sederhana dan perusahaan mikro, wajar mempunyai akses sedia untuk pembiayaan.

Beliau berkata, sektor kewangan Malaysia mempunyai daya tahan yang tinggi, dinamik, kompetitif dan kukuh, dan telah berkembang dengan ketara untuk menjadi penyumbang utama Keluaran Negara Kasar.

Beliau menambah, pentingnya sektor perkhidmatan kewangan perlu diperluas kepada isi rumah.

"Kita mahu Ringgit berada dalam bank dan boleh dipinjam, diedar dan dilabur secara bertanggungjawab.

"Kita mesti memastikan pengguna Malaysia mempunyai kesedaran terhadap pembiayaan. Membuat keputusan yang tepat dengan mendidik dan memperkasa mereka supaya kurang terdedah.

"Kami berusaha. Kami perlu menjadikan Malaysia negara maju sepenuhnya menjelang 2020, dan ini termasuk Progrwm Transformasi Ekonomi, yang kami sudah membuat pelaburan berjumlah RM1.4 trilion dalam sektor utama ekonomi," kata Perdana Menteri.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan