Karya Tiga Pelukis Negara Diabadikan Pada Setem

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Karya tiga pelukis tersohor negara diabadikan dalam bentuk setem khas dan sampul surat Hari Pertama sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 menerusi kerjasama Pos Malaysia dengan Balai Seni Lukis Negara (BSLN).

Setem dan sampul surat hari pertama itu akan mula dikeluarkan Isnin ini, kata Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat (BSLN) Faridah Hanim Abdul Wahab.

Beliau berkata lukisan yang diabadikan itu ialah hasil karya Datuk Mohammad Hoessein Enas, Anthony Lau dan Nik Zainal Abidin Nik Salleh. "Karya Mohammad Hoessein menampilkan 'Bajau Horsemen, North Borneo' iaitu memperlihatkan pahlawan Bajau berpakaian tradisional sedang menunggang kuda manakala karya Anthony bertajuk 'Ayam Jantan' yang melambangkan keberanian, perjuangan dan pengorbanan terhadap negara.

"Lukisan Nik Zainal bertajuk 'Corak Bendera' bermotifkan corak bendera berbentuk baju kurung yang menjadi 'pakaian' setiap rakyat Malaysia," kata Faridah Hanim kepada pemberita di sini. Sementara itu, Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Yasmin Ramli berkata koleksi setem itu memaparkan tiga reka bentuk berkaitan dengan tema perjuangan berdasarkan idea pelukis terhadap budaya, persekitaran dan kehidupan masyarakat bertujuan membangkitkan rasa bangga terhadap kejayaan dan pencapaian negara.

"Sampul surat Hari Pertama yang berharga 50 sen boleh didapati di pejabat-pejabat pos seluruh negara dan BSLN manakala folder yang berharga RM5.50 boleh didapati di pejabat pos terpilih saja," katanya.

Beliau berkata menerusi kerjasama kali kedua dengan BSLN ini, Pos Malaysia telah mencetak 350,000 setem untuk dijual pada harga 60 sen setiap satu, dan 100,000 dicetak bagi setem 90 sen dan setem RM1. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan