Dakwat Kekal Boleh Dihilangkan Dengan Mudah

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Mudah dihilangkan: Berdasarkan demonstrasi yang dibuat jelas menunjukkan penggunaan dakwat kekal boleh dihilangkan dengan penggunaan pelarut biasa
Mudah dihilangkan: Berdasarkan demonstrasi yang dibuat jelas menunjukkan penggunaan dakwat kekal boleh dihilangkan dengan penggunaan pelarut biasa

PETALING JAYA: Sebuah firma antarabangsa yang mengkhusus dalam sistem keselamatan cap jari mendakwa mereka mempunyai bukti bahawa dakwat kekal akan digunakan oleh pengundi boleh dihilangkan dengan mudah menggunakan pelarut biasa.

Menurut syarikat yang berpangakalan di Eropah, dengan pegalaman lebih 25 tahun di lebih 40 buah negara telah menjalankan ujian dengan menggunakan dakwat berkenaan dan hasil penemuaan tersebut telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

Dalam satu demonstrasi kepada The Star, telah ditunjukkan bagaimana dakwat kekal yang dicelup pada jari telunjuk dapat dihilangkan dengan mudah dalam tempoh beberapa minit sahaja dengan menggunakan pelarut biasa yang boleh didapati di kedai menjual barang perkakasan.

Menurut jurucakap syarikat berkenaan, pelarut tersebut merupakan barang kawalan kerana ia mengandungi argentum nitrat dan tidak boleh dijual secara terbuka di pasaran.

Kontroversi penggunaan dakwat kekal bukanlah perkara baru apabila penggunaannya turut dipersoalkan pada pilihan raya Presiden Afghanistan pada 2004 dan pilihan raya Palestin pada 2005.

"Berdasarkan kajian dalam kedua-dua pilihan raya tersebut pihak kami dapat mengenal pasti bahawa ada pengundi yang berjaya menghilangkan dakwat kekal berkenaan dan pengundi boleh mengundi lebih daripada sekali.

"Dakwat kekal juga boleh digantikan jenis dakwat yang lain dan tempat mengundi tidak dilengkapi dengan peralatan yang boleh mengesan ketulenan dakwat yang digunakan itu katan jurucakap berkenaan," katanya.

Apa yang lebih dibimbangkan ialah, faktor kesihatan yang mungkin mempengaruhi pengundi kerana dakwat berkenaan mengandungi argentums nitrat yang boleh menyebabkan keradangan.

Jelasnya, penggunaan dakwat kekal juga tidak dibenarkan di Eropah dan Amerika Syarikat.

Penggunaan dakwat kekal merupakan salah satu daripada lapan tuntutan Perhimpunan Pilihan Raya Bersih dan Adil 2.0 yang mendakwa kaedah tersebut sangat efektif dan mampu menghalang penipuan ketika proses pengundian berlangsung.

Pada 2007, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah bersetuju untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-12 namun ia tidak digunakan kerana bimbang berlaku penipuan ketika proses pengundian.

Sementara itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof ketika dihubungi, bagaimanapun enggan memberikan sebarang ulasan berhubung penemuaan syarikat berkenaan.

Beliau berkata perkara tersebut akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen yang ditubuhkan untuk melakukan tranformasi dalam sistem pilihan raya di negara ini.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan