Banyak Tanah Pertanian Di Kedah Disalah Guna - Azizan

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah mengenal pasti banyak kes penyalahgunaan tanah berlaku di negeri ini membabitkan penggunaan tanah pertanian untuk tujuan yang tidak mempunyai kaitan dengan sektor tersebut.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata keadaan berkenaan telah berlarutan terlalu lama dan akibatnya kerajaan negeri kehilangan hasil yang banyak.

"Pada masa ini terdapat terlalu banyak tanah jenis pertanian digunakan selain daripada maksud pertanian, contohnya dibina bangunan perniagaan dan ia adalah berlawanan dengan KTN (Kanun Tanah Negara). "KTN hanya membenarkan bangunan yang didirikan tidak melebihi satu per lima daripada luas keseluruhan tanah atau dua hektar mengikut mana yang lebih kurang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, pada Rabu.

Sehubungan itu, katanya kerajaan negeri telah menggazet pindaan dalam Aturan Tanah Kedah pada 31 Mac lalu bagi membolehkan pemilik tanah memohon permit sementara untuk menggunakan tanah pertanian bagi maksud lain.

Azizan berkata melalui pindaan itu kerajaan negeri akan mengenakan fi permit bagi keluasan tanah yang digunakan untuk tujuan selain daripada pertanian berdasarkan kadar yang sepatutnya.

"Kadar ini dikenakan ke atas keluasan sebenar yang digunakan dan bukannya keseluruhan lot berkenaan dan permit itu adalah untuk tempoh setahun dan boleh diperbaharui dan dalam tempoh itu.

"Setiap tuan tanah perlu memohon ubah jenis kegunaan tanah," katanya.

Beliau berkata antara kawasan yang dikenal pasti berlaku banyak penyalahgunaan tanah ialah sekitar bandar raya Alor Setar sehingga ke Simpang Empat dekat sini yang mempunyai banyak kilang sedangkan kawasan berkenaan berstatus tanah pertanian.

"Contohnya di Jalan Stadium, jenis kegunaan tanah adalah untuk perumahan tapi ada yang buat perniagaan dan di Jalan Sultanah status asal adalah untuk pertanian tapi digunakan untuk tujuan lain," katanya. Azizan berkata pada masa ini setiap Pejabat Tanah Daerah sedang mengambil tindakan melaksanakan pemakaian arahan berkenaan.

Beliau berkata setakat Ogos tahun ini, sebanyak 76 permit telah dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah dan bayaran fi permit telah dijelaskan oleh pemilik tanah.

Kerajaan negeri memohon kerjasama pemilik tanah supaya dapat mematuhi arahan itu bagi mengelakkan daripada diambil tindakan, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan